Pages

Tuesday, December 1, 2009

.: JANGAN TERLALU MEMILIH CINTA :.

Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya…

Pelajar: Guru, apakah erti cinta..? Bagaimanakah saya boleh mendapatkannya…?

Guru: Ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. Berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. Kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

Pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

Guru bertanya: Mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun…?

Pelajar menjawab: Saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. Jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

Gurunya menjawab: Ya, itulah cinta…

Di hari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan…?

Guru: Ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

Pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

Maka gurunya pun bertanya: Mengapa kamu memotong pohon seperti ini….?

Pelajar itu menjawab: Sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya…

Maka guru itu menjawab: Itulah perkahwinan…….

TAMAT

Kesimpulannya, usahlah terlalu memilih cinta, ditakuti anda akan terlepasnya, dan janganlah terlalu memilih jodoh, terimalah pasangan anda dengan seadanya. Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Setiap insan pasti ada kelebihan dan kekurangannya.

.. SeSuaTu yAnG tAk PasTi..

Tiada guna kita menanti, akan sesuatu yang tak pasti,
Tiada guna hidup bersendiri, jika hati itu berkelahi,
Tiada guna kita mati, jika tiada amal dihati,
Tiada guna kita memberi, jika ianya dibenci,
Tiada guna kita menguji, jika lemah didalam diri,
Tiada guna kita bersimpati, jika ianya memakan diri,
Tiada guna menggenggam api, jika tangan tak sesuci hati,
Tiada guna kita berkelahi, jika ingin mencari hakiki,

ohhh...

Mengapa masih aku disini, umpama air dalam perigi,
Mengapa masih aku disini, mendambakan nikmat-nikmat duniawi,
Mengapa masih aku disini, dalam kerja amal haraki,
Mengapa masih aku disini, sedangkan maksiat menjadi-jadi,
Mengapa masih aku disini, dalam bumi menghitung hari,
Mengapa masih aku disini, sedangkan yang benar itu pasti,
Mengapa masih aku disini, adakah menanti tiba nya mati?
mengapa masih aku disini, dalam temanku perit tidak terperi,
Mengapa masih aku mencari, cinta selain Illahi,

Ayuh lah!!

Bangkitlah wahai diri, mencari keberkatan dari Illahi,
Bangkitlah wahai diri, meneruskan perjuangan Muhammad yang suci,
Bangkitlah wahai diri, menentang mihnah dan tribulasi,
Bangkitlah wahai diri, memperjuangkan agama Allah yarabbi,
Bangkitlah wahai diri, kerana mati itu pasti,
Bangkitlah wahai diri, sebelum dikau merasa rugi,
Bangkitlah wahai diri, walau pedang menusuk ke hati,
Bangkitlah wahai diri, menyahut seruan dari Illahi,

Ya Allah,

Tetapkanlah hati ini, semoga sentiasa istiqamah diri,
Tetapkanlah hati ini, semoga iman terpatri di hati,
Tetapkanlah hati ini, semoga bangun dari mimpi,
Tetapkanlah hati ini, semoga tak tertipu dengan duniawi,
Tetapkanlah hati ini, semoga akhirat itu yang ku cari,
Tetapkanlah hati ini, semoga syurga tempat ku nanti,
Tetapkanlah hati ini, semoga bersama Muhammad penyeri hati.