Pages

Monday, April 16, 2012

Perlu ke kita nak tahu samada orang keliling kita sayang pada kita ke tak?

Perlu ke kita nak tahu samada orang keliling kita sayang pada kita ke tak? Apa pendapat korang ek? Semua orang, im sure nak and akan happy kalau orang keliling suka, selesa and sayang pada diri mereka. Mesti rasa macam dihargai. Kan? Tapi, kadang-kadang saya fikir, perlu sangat ke nak suruh orang yang kita sayang tu balas sayang kita balik pada kita. Hmm.
Kalau saya perlu jawab isu ini, saya akan jawab -tak perlu.
Itu jawapan saya. Jawapan jujur saya. Kenapa? Tak percaya? Suka hati . Terpulanglah. Cuma, pada saya tak perlu nak harapkan kasih sayang orang sangat. Kecuali, Allah dan kedua ibu bapa. hehehe. Insan-insan lain, bukan saya kata tidak perlukan kasih sayang mereka. Sbb dudlu saya penah menyanyangi orang dan saya pernah kecewa…
Cuma, kurang perlu sebab sejauh mana sayang mereka tu pun saya tidak tahu. Kalau kasih sayang Allah dan parent tu sah-sahlah kekal kan?
Sebab itu, saya kata. Saya tak perlu tahu samada orang keliling saya ni sayang pada saya ke tidak. Buang masa dan tak kuasa saya nak perasan. Saya pegang 1 prinsip tentang kasih sayang ni. Bila kita sayangkan someone tu seiklhlas hati, sebenarnya kita tak perlu nak harapkan orang itu untuk sayangkan diri kita balik.
Mungkin, ada antara korang yang cakap gila apa kalau kita sayang orang mati-matian tapi dapat tahu orang tu tak sayang kita pun sebenarnya! Memang gila dan orang gila saja yang tak akan geram kalau jadi macam ni kat diri sendiri. Im sure, semua akan kecewa kan kalau dalam situasi macam ni.
Atas alasan itulah, saya menyarankan korang tak payah nak mengada-ngada mengharapkan sangat kasih sayang orang lain kat diri korang.
Boleh saya paksa macam tu tak? wakakaka! Oklah, sebenarnya. Apa yang saya nak cakap is kita ni hidup tak payah nak menyusahkan diri sendiri.
Jalani hidup dengan tenang.
Ok. Serious balik. For me, the reason why saya tak berminat nak tahu samada orang yang saya sayang tu sayangkan diri saya atau tidak adalah kerana tidak mahu terlalu berharap dengan orang itu. Itu aja alasan saya.Simple. Iya lah, kita fikir secara logik akal.
Memang sakit kalau ada insan yang kita sayang, kita ikhlas dengan dia, kita ada niat nak jaga dia dan bersama-sama dia waktu susah senang, tiba-tiba bila kita tanya face to face pada dia sendiri samada sayang kita atau tidak dan reaksinya NEGATIF. Jangan fikir hati manusia ni semua sama dengan hati kita ye .kawan-kawan .
Erk. kalau manusia normal, im sure hati macam kena gilis dengan keretapi kan?
If positif, then oklah. Bayangkan kalau negatif, wallawwe! Menangis air mata lumpur jawabnya.So, tak payahla nak amik tahu sangat kot orang sayang kita ke tidak.
Kalau saya. Cukup saya tahu, siapa insan yang saya sayang. Bila saya kata insan, bukan bermaksud bakal suami saya saja ya. Insan tu manusia-manusia yang saya yakin Allah swt dah berikan dia as “special present” for me dalam dunia neh. Jadi, i will love them seikhlas hati. Soal mereka sayang atau tidak pada saya, bukan urusan saya.Itu kata saya. Apa kata anda?

No comments: