Pages

Monday, May 23, 2011

Kawan..


Kawan.. Aku cuba sehabis baek untuk persahabatan kita. Aku cuba sehabis baek untuk pulihkan segalanya. AKU CUBA !! Tapi kenapa aku masih gagal ? Kenapa aku masih tak berjaya ? Kenapa kita maseh macam ini? KENAPA !! Aku cemburu dengan orang laen. Kenapa mereka bahagia bersama rakan mereka ? Kenapa mereka mampu bergelak ketawa bersama ? Kenapa tidak aku ? Yeah ! Mungkin ini lah dugaan hidup untuk aku. Mak aku pernah kata ' Orang Yang Diuji Itu Adalah Orang Yang Disayangi Allah ' . Tapi jujur aku katakan, aku tak cukup kuat. Aku tak setabah yang korg semua lihat. Aku tak cukup kuat untuk berdiri bila aku dijatuhkan sebegini. Aku tak mampu bertahan ! Kenapa korg tak pernah nak nampak ? Kenapa ! Kenapa ! KENAPA !

Hidup aku kini penuh dengan persoalan. Penuh dengan tanda tanya. Aku cuba untuk mencari jawapan untuk setiap persoalan ini, tapi aku tak pernah jumpa. Lagi aku cuba cari, lagi banyak persoalan yang aku jumpa. Sungguh aku gagal. Pelbagai cara aku lakukan demi memulihkan segalanya, tapi ternyata sia-sia. Sabarlah Wahai Hati.

Thursday, May 5, 2011

Pemendam Menjadikan Manusia Pendendam


Penderitaan.

Kesakitan dan penderitaan yang dialami oleh seseorang itu mengubah mereka kepada sesuatu yang mereka sendiri tidak mampu kenal walaupun mereka yang memiliki jasad di mana nyawa bersemadi tanpa diketahui kedudukannya.
Senyum pahit.

"Penderitaan yang menyakitkan adalah koyaknya kulit pembungkus kesedaran- seperti pecahnya kulit buah supaya intinya terbuka merekah bagi sinar matahari yang tercurah. Kalian memiliki takdir kepastian untuk merasakan penderitaan dan kepedihan. Jika hati kalian masih tergetar oleh rasa takjub menyaksikan keajaiban yang terjadi dalam kehidupan, maka pedihnya penderitaan tidak kalah menakjubkan daripada kesenangan. Banyak di antara yang kalian menderita adalah pilihan kalian sendiri – ubat pahit kehidupan agar manusia sembuh dari luka hati dan penyakit jiwa. Percayalah tabib kehidupan dan teguk habis ramuan pahit itu dengan cekal dan tanpa bicara."
(Kahlil Gibran)

Kegembiraan kadangkala akan datang dengan cepat dan pergi dalam sekelip mata. Terbang melayang tatkala tangan mahu menggenggam dengan pantas. Mata hanya akan dapat memandang ia berlalu pergi tanpa menyedari, itulah yang cuba digapai selama ini.
Kecewa?
Istilah itu tidak akan dapat lari dari diri.
Cuma, berapa lama akan membiarkan diri terpuruk dalam kesedihan yang ternyata bukan buatan?
Itu satu persoalan yang berlegar dalam hati.
Diam, biarkan suasana sepi.

Padam segala dendam.
Padam segala derita dan hapuskan semua tanpa perlu mengalirkan air mata.
Kalau perlu pergi dan menghilangkan diri untuk sementara, pergilah dan carilah semangat yang baru demi mengelakkan kita jadi pendendam dan membuatkan manusia lain sengsara dengan nafsu serakah dan amarah yang kita pendam.
Satu proses pelarian?
Bukan.
Ini satu proses kehidupan.

Aku memilih untuk terus hidup, bukan atas dasar kasihan.
Bertanggungjawab dalam apa sahaja yang aku lakukan.
Berikan yang terbaik sementara aku masih punya kesempatan.
Ukir senyuman.
Lepaskan nafas perlahan.
Tiada lagi sebarang jawapan.

Tuesday, May 3, 2011

Aku sudah penat dengan semua masalah ini...


Sekarang aku sangat serabut. Aku tak boleh nak update apa-apa. Aku fed-up dengan semua masalah-masalah ini. Aku rasa aku nak stop dari semua masalah-masalah ini. Tak tertanggung rasanya. Penat.
Aku bukanlah seorang yang kuat. Aku sangat sensitif dan aku mudah menangis disebabkan ketensenan ini. Biarlah orang kata aku lemah. Aku memang macam ni. Aku mudah menangis. So, bila datang masalah-masalah macam ni, aku rasa aku tak kuat, aku tak mampu. Aku tak nak fikir lansung pun fasal semua masalah ini. Tapi kenyataannya, aku hanya bohong dengan diri sendiri. Konon tak nak fikir lansung, tapi itu yang selalu aku terfikir. Tapi aku tahu, Tuhan tahu. Aku tahu ada hikmah disebalik semua ini. Cuma aku hanya berharap biarlah ia berlalu pergi. Tolonglah, kuatkanlah hati aku ini. Aku dah tak larat. Macam-macam masalah.
Maafkan aku kerana meluahkan segalanya di sini. Aku tak tahu di mana harus aku coretkan, aku luahkan.ermm..nk luahkan pada kawan2x.aku rasa cukup ar ..aku xakn cerita kpada sesiapa ag...aku penat..aku just luahkan apa yg aku rasa...bukan bererti aku nk mengaibkan org 2..cuma aku x sedar bile dlm keadaan marah...Kali ni aku akn cuba kawal perasaan aku...Kadang kita hanya nampak sesuatu yang buruk di sebelah sini tetapi cantik di sebelah sana. Aku hanya berharap agar segala masalah ini akan tamat kerna aku tak sanggup menanggung lagi. Aku masih ada Dia yang sentiasa bersama dan Dialah tempat aku curahkan segala kedukaan ini. Aku pohon ALLAH, tingkatkanlah kesabaran ku ini. Aku tak terdaya. Aku lemah..