C e r i t a . . .

Cerita tentang hati

Cita ini aku amik dr blog kawn ku~huhuh~aku ingin berkongsi ngn kwn2x ku ...

“Hati aku sudah menjadi kecil. Sangat kecil.”

aku xtaw aper prasan aku kini...aku hanya mampu menunggu dan bersabar...

Cerita tentang airmata

Pernah dengar cerita ini tak?

Ada dua titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata itu menyapa air mata yang satu lagi. “Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua itu, “Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja”

Cerita tentang perasaan

Apakah kamu sudi, mendengar cerita picisan tentang perasaanku kini? Apakah kamu mahu, mendengar setiap degupan jantungku yang semakin lemah? Apakah kamu tahu, bahawa aku sangat berkecil hati dengan tembok keegoaan yang kian kamu bina itu? Apakah kamu tidak tahu, perasaanku tetap sama terhadapmu, tetapi harapanku sesamar bayangan?

Bila rasaku ini rasamu

Dulu, masa sebelum adanya insan istimewa itu, seringkali jiwa ini gusah, dan malam-malam selalu menitiskan air mata dek kesunyian dan kedukaan. Aku selalu berdoa dalam-dalam agar kedukaan aku akan hilang dibawa angin suatu hari nanti.

Sekarang, dah adanya insan istimewa itu, pelik sungguh, aku masih lagi menitiskan air mata. aku fikir bahagia sudah hampir pada aku , tapi seringkali hati aku terluka.

Sambil menghela nafas, aku bersuara, cinta itu manis dan juga pahit.

Comments