Pages

Friday, April 27, 2012

KUAT!!....


Buat apa nak MENANGIS pada orang yg telah MENYAKITIMU,
buat apa nak KECEWA pada orang yg telah MEMUSNAHKAN harapanmu,
buat apa nak LEMAH pada orang yg telah MENJATUHKANMU,
buat apa nak IKUT perasaanmu yg terlampau SEDIH..
Namun
seharusnya kamu perlu belajar SENYUM bila orang menyakitimu,
belajar BANGUN tika orang memusnahkan harapanmu,
belajar KUAT bila orang telah menjatuhkanmu,
dan kamu seharusnya belajar LAWAN perasaanmu yg sedih dan
jangan mudah mengikut kehendak perasaan yg akhirnya menjerat
dirimu sendiri..

Sunday, April 22, 2012

Declaration


Dengan ini saya mengumumkan
 bahawa hari ini yang 
bertarikh  22 April 2012 adalah merupakan 
'HUJUNG MINGGU' 
saya yang paling membosankan 
Sekian

Thursday, April 19, 2012

Apabila Alquran mula berbicara

Waktu engkau masih kanak-kanak.............
kau laksana kawan sejatiku
Dengan wudu', Aku kau sentuh
dalam keadaan suci, Aku kau pegang
Aku,kau junjung dan kau pelajari
Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari
Setelah selesai engkau menciumku mesra

Sekarang engkau telah dewasa..............
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku...
Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah...?
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu
Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji.......
Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali;
sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pngisi setormu.

Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa
Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan
Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian , kesepian.
Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan.
Dulu...pagi-pagi...surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa
halaman.
Di waktupetang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau.....

Sekarang...seawal pagi sambil minum kopi...engkau baca surat khabar dahulu
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia
Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,
Engkau engkau abaikan dan engkau lupakan...

Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka
surah2ku(Bismillah).
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati musik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu
Sepanjang perjalanan,radiomu selalu tertuju ke stasyen radio kesukaanmu
Mengasyikkan.

Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja
Di Komputermu pun kau putar musik favoritmu
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku.........
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku


Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV.
Menonton siaran telivisyen
Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk
Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah
Waktupun cepat berlalu.........
Aku semakin kusam dalam laci-laci mu
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama

Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariku.
Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu
Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku
Atau waktu kematian saudara atau taulan mu

Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya
Apakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolong kamu?
Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu
Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t

Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu...
Setiap saat berlalu...
Dan akhirnya.....
kubur yang setia menunggu mu...........
Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu

Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati...
Di kuburmu nanti....
Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan.
Yang akan membantu engkau membela diri
Dalam perjalanan ke alam akhirat.
Dan Akulah "Al-Qur'an",kitab sucimu
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.

Peganglah Aku kembali.. .. bacalah aku kembali aku setiap hari.
Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.
Yang berasal dari Allah Azzawajalla
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah
Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu
Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu.......
Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.
Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu.
Sentuhilah Aku kembali...

Baca dan pelajari lagi Aku....
Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat
Seperti dulu.... Waktu engkau masih kecil
Di surau kecil kampungmu yang damai
Jangan aku engkau biarkan aku sendiri....
Dalam bisu dan sepi....

Let Them go!!.....





Biarkan jew lah....kali ni mmg aku malas nk amik kesah.....mmg x amik KESAH..!!!..aku dah malas nk beria-ria sgt..biarkan jew..klu die rasa nk kawan ngn aku kawan ar...klu dah buhsan nak berkawan dgn aku xpe.....aku dah x KESAH.!! ....ermm.....aku semakin penat nak melayan ati dan perasaan ni...selagi aku leh bersabar aku akan SABARrrr..yg penting aku nk BerGumbira dgn LIFE aku ni...yg ptg kita ENJOY!!!....

Tuesday, April 17, 2012

Jom men Design2x..!!


ni ar design cover pages fesbuk..yup ar mula2x  kena create coverpages utk timeline...heheh..keja aku tym buhsan dok men ngn photoshop jew~....

Ni first design utk TIMELINE fesbuk~








ni ar Header blog aku skunk!!...dan design ni ar aku paling suka..!!!












Ni member aku nye cover pages~ aku tulun designkan utk diorg












Jika Dia Bukan Jodohku?



Bukan senang untuk beriman dengan takdir. Kita mungkin berkata kita percaya, tetapi apabila datang dugaan-dugaan tertentu, ada yang akan cuba bertindak seolah-olah tidak dapat menerima ketentuan tuhan. Firman Allah s.w.t di dalam surah Hud ayat 9,


“Dan demi sesungguhnya! Jika Kami rasakan manusia sesuatu pemberian rahmat dari Kami kemudian Kami tarik balik pemberian itu daripadanya, mendapati dia amat berputus asa, lagi amat tidak bersyukur.” 


Orang yang berusaha dengan niat untuk beramal akan “berasa lain” sekiranya mereka gagal mencapai matlamat. Mereka akan sentiasa berasa tenang walaupun didatangi kesusahan atau kesenangan. Mereka terdiri daripada golongan yang bahagia di dunia dan sedang menanti kebahagiaan di akhirat. Tiada satu perkara yang berlaku pada diri mereka yang dapat menggugat ketenangan itu.

Sebaliknya, mereka yang berusaha untuk kebahagiaan dunia mungkin akan merasa bahagia apabila matlamat tercapai. Namun sekiranya gagal, mereka akan berasa amat dukacita. Sekiranya mereka kehilangan sesuatu, mereka akan bermatian-matian untuk mempertahankan atau mendapatkannya semula. Sekiranya mereka gagal mendapatkannya semula, hati mereka akan berasa gelisah dan hidup mereka mula menderita. Lalu mereka menyalahkan orang lain dan akhirnya menyalahkan tuhan.

Jika seseorang itu jodoh kita, dia tetap jodoh kita. Jika seseorang itu bukan jodoh kita, dia tetap bukan jodoh kita, walaupun apa pun yang kita lakukan, tidak ada gunanya memaksa diri mempertahankan. Dengan menyerahkan kepada ketentuan, lazimnya tuhan akan membuka jalan-jalan yang tidak pernah kita fikirkan.

Mempercayai takdir bukan bermaksud berputus asa. Frasa “PUTUS ASA” sepatutnya tidak wujud di dalam kamus hidup seorang mukmin. Kita tidak boleh berputus asa dalam mengharapkan rahmat Allah.

Perbanyakkan doa untuk kebaikkan. Sebarang usaha perlu dijalankan dengan kaedah yang betul. Ada sesetengah orang yang ditinggalkan kekasih atau suami lalu cuba mendapatkan semula dengan kaedah mengumpat, memfitnah dan memburukkan orang lain.

Sebaliknya, sekiranya mereka berhenti seketika untuk berdoa dan bermuhasabah diri serta menerima ketentuannya, lebih banyak manfaat dapat diperolehi. Salah satu daripadanya adalah ketenangan, selanjutnya adalah iman. InsyaAllah.

Monday, April 16, 2012

Bahaya ketagihan minuman berkafein


Pernahkah anda mempunyai teman yang begitu ‘ketagih’ dengan minuman berkafein? Atau mungkin anda sendiri sedang mengalaminya? Secara asasnya, kandungan kafein boleh didapati pada biji kopi yang kemudiannya diproses menjadi serbuk dan dibancuh menjadi minuman. Ada di antara kita yang menjadikan kopi sebagai minuman wajib di pagi hari dan ada juga yang mendapatkannya apabila mahu menahan diri daripada mengantuk.

Ramai yang menyedari akan kesan negatif yang disebabkan oleh pengambilan kafein. Bagaimana pun dalam masa yang sama, ia turut mempunyai kebaikannya. Itu pun jika jumlah pengambilannya terkawal dan tidak melangkaui keperluan tubuh. Pada sudut kesihatan, ada kajian dilakukan dan hasilnya menunjukkan pengambilan kafein mampu mengurangkan risiko penyakit Parkinson sehingga 80 peratus. Begitu juga dengan kanser usus, batu karang dan sirosis hati. Namun begitu, jumlah peratusan pengurangan risikonya adalah berbeza-beza.

Keletihan sering kali dijadikan alasan untuk mengambil minuman berkafein dengan lebih kerap. Ia mungkin juga ada benarnya kerana kafein dikatakan dapat membantu merangsang otak dan sistem saraf. Ramai di antara kita yang mendapat tindak balas yang seakan-akan tidak peduli akan keletihan sekali gus dapat meneruskan kerja yang sedang dilakukan. Otot turut merasa kesannya dengan mengecut dengan lebih kuat dan menjadikan seseorang kembali bertenaga.

Dalam pada itu, penggemar kopi harus berjaga-jaga kerana ia boleh mengakibatkan banyak kesan negatif terhadap kesihatan. Tidak salah menjadikan kopi sebagai minuman kegemaran namun pastikan jumlahnya tidak berlebihan. Mungkin ramai tidak mengetahui kafein boleh menyebabkan denyutan jantung menjadi tidak menentu. Ia bukanlah penyebab sakit jantung namun pesakit disaran agar tidak mengambil minuman berkafein sama sekali.

Bagi mereka yang mempunyai ulser, pengambilan minuman berkafein bukanlah langkah yang bagus. Ini kerana kafein mempunyai bahan yang merangsang penghasilan asid dan peptin di dalam perut. Jadi usah hairan jika tiba-tiba perut sakit dan rasa tidak selesa. Semuanya gara-gara jumlah pengambilan minuman berkafein yang lebi daripada yang sepatutnya.
Pelik tetapi benar. Bagi mereka yang sudah terbiasa mengambil minuman berkafein dalam rutin harian, berhenti daripada melakukannya bagaikan satu ‘penyeksaan’. Mereka yang ketagih pasti akan mengalami withdrawal symptoms seperti sakit kepala. Ia mungkin hilang dalam jangka masa sehari atau ada yang memerlukan sehingga lima hari. Ada juga yang perlu menyambung semula pengambilan kafein bagi menghilangkan sakit kepala.

Buat mereka yang ketagihan kopi, bukanlah perkara mudah untuk menghentikan tabiat ini. Pada awalnya ia mungkin akan menyebabkan rasa gementar, sakit-sakit badan, tidak berupaya untuk bekerja, lesu, mengantuk serta lesu.

Kesimpulannya, pengambilan minuman berkafein biarlah ada hadnya dan jangan dibiarkan sehingga menyebabkan ketagihan. Ambil dalam kuantiti sederhana dan jika boleh kurangkan pengambilannya hari demi hari. Mungkin bermula hari ini anda boleh meninggalkan kafein dan mengamalkan meminum air kosong atau jus buah-buahan yang ternyata lebih berkhasiat.