“Dan demi sesungguhnya! Jika Kami rasakan manusia sesuatu pemberian rahmat dari Kami kemudian Kami tarik balik pemberian itu daripadanya, mendapati dia amat berputus asa, lagi amat tidak bersyukur.”
Orang yang berusaha dengan niat
untuk beramal akan “berasa lain” sekiranya mereka gagal mencapai matlamat.
Mereka akan sentiasa berasa tenang walaupun didatangi kesusahan atau
kesenangan. Mereka terdiri daripada golongan yang bahagia di dunia dan sedang menanti
kebahagiaan di akhirat. Tiada satu perkara yang berlaku pada diri mereka yang
dapat menggugat ketenangan itu.
Sebaliknya, mereka yang berusaha
untuk kebahagiaan dunia mungkin akan merasa bahagia apabila matlamat tercapai.
Namun sekiranya gagal, mereka akan berasa amat dukacita. Sekiranya mereka
kehilangan sesuatu, mereka akan bermatian-matian untuk mempertahankan atau
mendapatkannya semula. Sekiranya mereka gagal mendapatkannya semula, hati
mereka akan berasa gelisah dan hidup mereka mula menderita. Lalu mereka
menyalahkan orang lain dan akhirnya menyalahkan tuhan.
Jika seseorang itu jodoh kita,
dia tetap jodoh kita. Jika seseorang itu bukan jodoh kita, dia tetap bukan
jodoh kita, walaupun apa pun yang kita lakukan, tidak ada gunanya memaksa diri
mempertahankan. Dengan menyerahkan kepada ketentuan, lazimnya tuhan akan
membuka jalan-jalan yang tidak pernah kita fikirkan.
Mempercayai takdir bukan
bermaksud berputus asa. Frasa “PUTUS ASA” sepatutnya tidak wujud di dalam kamus
hidup seorang mukmin. Kita tidak boleh berputus asa dalam mengharapkan rahmat
Allah.
Perbanyakkan doa untuk kebaikkan.
Sebarang usaha perlu dijalankan dengan kaedah yang betul. Ada sesetengah orang
yang ditinggalkan kekasih atau suami lalu cuba mendapatkan semula dengan kaedah
mengumpat, memfitnah dan memburukkan orang lain.
Sebaliknya, sekiranya mereka
berhenti seketika untuk berdoa dan bermuhasabah diri serta menerima
ketentuannya, lebih banyak manfaat dapat diperolehi. Salah satu daripadanya
adalah ketenangan, selanjutnya adalah iman. InsyaAllah.
Comments