Pages

Wednesday, February 2, 2011

Hanya utk peringatan~

Bukan hal sesiapa tapi utk aku,aku nak jadikan sebagai peringatan. kita hidup, bukannya lama manapun. Entah esok, lusa silap-silap sampai masa esok kita pulak yang Allah swt panggil mengadap. Takut jugak kan? Betullah orang kata. Rambut sama hitam, hati lain-lain. Cuma, sekarang ni rambut kita rasanya tak semua hitam. Itu dah terang lagi bersuluh. Itu hak masing-masing.Ada yang daripada luaran, nampak baik. sempurna. Tapi, kalau kita kawan lebih dekat. Tak ada bezanya dengan diri kita. Se “level” saja. Ada pulak, nampak luaran macam nak berkawan rapat dengan dia pun rasa seram. Rasa macam dia tak layak nak kawan dengan kita. Cuba dekat dengan dia. tengok-tengok, dia lagi baik daripada kita.Susah nak agak perangai sebenar manusia ni. Aku pernah “sekat” diri aku daripada baik sangat dengan orang..Banyak pengalaman lepas buat aku rasa bosan dan serik. Jadi, untuk selamatkan diri sendiri.Aku buat prinsip sendiri. Jangan “baik” sangat dengan sesiapa.
Aku buat perangai dulu-dulu. Aku biarkan diri berkawan dengan sesiapa saja. Aku tak kisah sapa orang tu. Mana asal-usul dia. aku tak pernah amik peduli. Apa yang aku tahu, berkawan dengan sesiapa saja! Silapnya, aku terlalu percaya dan tak berfikir buruk dengan kawan-kawan ni.Bila ada “something” happens, dan alhamdulilah Allah swt beri aku jalan. So, 1 persatu kot topeng masing-masing kebaboom terbogel macam tu saja.hahaha! Lawak ok. Aku gelak untuk diri sendiri sebab, macam kawan aku kata “diperbodohkan” macam tu saja. phewit!!!

No problem!!. Kita belajar dari silap lepas. Iye dak?aku pegang yang itu. Kena percayalah semuanya dah Qada’ Qadar Allah swt beri. kan? Chill sudah. Aku tak akan ubah apa-apa pun lepas ni cuma aku tak tak mudah percaya cerita-cerita orang. Nampak sangat bodoh ok. Hahahaha!!!!
Maybe kelemahan aku. Aku cepat kesiankan orang. Lepas ni, rasakan balik!!!! *gelak jahat sikit* -___-