S e p e r t i . . .

Aku tak pernah, tak pernah merasa cukup

Terimalah kamu seorang lelaki yang lebih mencintai kamu daripada kamu mencintainya. Percayalah, pasti kamu kan lebih bahagia. Mungkin saya patut mengakui kebenaran kata-katanya itu.

Kamu seperti hantu, terus menghantuiku…

Saya selalu mahu jadi feelingless, pura-pura tentang perasaan sendiri, menyorok tentang apa yang terbuku di hati dan sendiri-sendiri pujuk hati yang selalu lara. Saya selalu memikirkannya. Kamu selalu tidak sedar. Saya selalu memikirkannya. Cuma kamu masih tidak sedar. Saya akui, kadang-kadang kita ambil ringan dan terlepas pandang pada perkara-perkara yang dulunya penting buat kita, namun kini, tidak lagi.

Kau genggam hatiku. Dan kau tulis namamu, tulis namamu

Dan, namamu masih ada disini. Di hati ini. Saya harap genggaman kamu masih sama kuatnya.

Tubuhku ada disini, tetapi tidak jiwaku

Bersemangat, saya pasti ada yang terbaik buat kamu. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Cuma kamu perlu sabar dan tabah. Saya nampak kekuatan disebalik kelembutan kamu itu. Saya semakin kagum dengan kamu. Hidup kamu penuh berliku, berlekuk dan berarus-arus jalannya. Dan kamu tetap survive dan struggle. Kamu penuh impian dan cita-cita, semoga Allah merestuinya. Kuberi tahu satu rahsia padamu, Kawan. Buah yang paling manis dari berani bermimpi, adalah kejadian-kejadian yang menakjubkan dalam perjalanan menggapainya.


kawan.. aku hrp ko dpt menempuhi segala dugaan ni~aku ttp akn berasa disisimu~

Comments