BAGAIMANA MENCAPAI BAHAGIA

Semua orang mengimpikan kebahagiaan.namun apakah erti kebahagiaan kepada seorang wanita? sukar untuk menterjemahkan ..kerana lain orang lain definisinya.
Ada orang merasa bahagia setelah kejayaan tercapai, ada pulak bahagia setelah menemui seseorang dalam hidupnya.Tidak kurang yang bahagia apabila dikelilingi harta kekayaan.Manakala ada yang sebaliknya..kaya dan sukses dalam hidup tetapi masih tidak merasa bahagia.kalau ada pun sekejap dan bertukar menjadi duka.Bahagia dan derita adalah dua perasaan yang berbeza. Namun kebahagiaan tidak ada kaitan dengan kemiskinan atau kekayaan.Bahagia ada di mana-mana...
Bagaimana cara mencapai kebahagiaan dan macamna mengekalkan perasaan itu?? Tidak semua orang berjaya beroleh kebahagiaan kerana tidak semua orang tahu di mana sebenarnya letak kunci kebahagiaan.Kita kena berusaha ..usah mengharap bahagia datang mengolek!! Sebelum itu kita tanya diri kita; kenapa bahagia sukar dicapai? mengejar duniawi dan harta benda sehingga kita lupa tujuan kita dilahirkan.Sifat tidak bersyukur atas rahmat Allah dan apa yang diperolehi adalah asas kepada rasa tidak bahagia itu.Manusia tidak pernah merasa puas apa yang dia ada.Terlalu mengikut hati boleh membawa padah.Jika terlalu menurut nafsu pula boleh menyebabkan kita alpa dan lalai.Meletakkan harapan yang tinggi bila menyayangi seseorang atau inginkan sesuatu dan bila harapan dan keinginan itu tidak tercapai, mulalah merasa tidak gembira dengan apa yang berlaku.


BAGAIMANA MENCAPAI BAHAGIA;
1. kebahagiaan adalah kesederhaan
Bersederhana dalam setiap keadaan adalah kunci kebahagiaan.memandangkan manusia kini semakin berebut-rebut mengejar wang dan mengabaikan sendiri rasa bahagia.

2. Bersyukur apa yang dimiliki
Orang tak mampu berfikir bahawa kadang-kadang semakin kita kaya,semakin banyak masalah kita.Gelisah memikirkan perniagaan,hutang,rasa tidak selamat,rasa takut dan sebagainya.

3. Jangan irihati dengan kebahagiaan orang
Kita merasa cemburu melihat orang bahagia.sikap ini menyebabkan rasa tak puashati terhadap apa yang dimiliki dan mula mempertikaikan hak orang tanpa pernah berpuashati dengan apa yang kita miliki.

4. Tetapkan matlamat hidup
menetapkan matlamat hidup dapat menguji jatuh bangun kehidupan.Menjadikan kita lebih tabah bila jatuh dan lebih merasai bila berjaya.

5. Ekspresi diri
Sering bertanya pada diri apa yang kita mahu dalam hidup.Sepanjang kehidupan pasti ada saat yang pernah membahagiakan dan kenangilah saat bahagia itu lebih dari mengingati saat duka.

6. Tidur dengan tenang
Sebelum masuk tidur muhasabah diri dahulu.Maafkan semua orang sebelum terlena dan jika ini yang dilakukan perasaan kita akan jadi lebih tenang

7. Lupakan kisah duka
Usah dibayangi duka yang berpanjangan dan jangan membandingkan nasib kita dengan nasib orang lain kerana rezeki manusia adalah berbeza.

8. Azam baru
Mulakan azam baru dan tidak semestinya pada tahun baru! Azam boleh terjadi bila-bila masa,hari ini ,esok atau lusa.Bulatkan azam,tetapkan perancangan dalam hidup.Mulakan perancangan untuk esok dan tetapkan azam jangka pendek dan panjang.cuba capainya satu persatu.

9. Sentiasa bersedia
Bersedia dengan seribu kemungkinan yang bakal berlaku dan lekas bangkit.Dengan ini minda akan lebih terbuka menerima segala kemungkinan dan tidak terkejut atau kecewa dengan musibah yang bakal terjadi.

10. Hidup berteman
Hidup yang murung dan kurang pergaulan dengan teman -teman dan bersosial menyebabkan kehidupan sentiasa dirundung pilu.Setidak-tidaknya kehadiran teman menyuntik rasa gembira di dalam hidup kita.

11. Bangkit dengan ceria
Bangun pagi dengan penuh syukur dan gembira .Mood waktu pagi amat penting untuk menjalani kehidupan seharian dan hari seterusnya.Tetapkan dalam minda bahawa hari ini anda mahukan kehidupan yang gembira.
Sikap buruk dalam diri seperti iri hati,hasad dengki akan mengundang perasaan sengsara jauh lagi dari bahagia.Pepatah ada mengatakan; "Usaha memang tidak selalu mendatangkan kebahagiaan,tetapi tidak ada kebahagiaan tanpa ada usaha".
Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.Jika konsep ini difahami lebih mudahlah untuk kita mengejar bahagia.......
__________________

Comments