Hidup itu mudah, jadi jangan bikin hidup kamu susah.

Saya tak larat nak jaga hati semua orang. Saya tak mahu juga paksa-paksa diri untuk nak puaskan hati semua orang. Hidup memang seronok kalau tak pernah ada masalah.

Tapi, itu mustahil kan.....

Mana ada hidup, yang free. Allah swt pun bukan jadikan kita untuk bersenang lenang aja. Semuanya perlukan taruhan kan? Tapi, bila bertaruh. Jangan pula tersilap langkah.

Saya tak kata, jadi jahat itu terbaik. Saya juga tak kata, tak fikirkan orang keliling langsung akan buat korang senang hati. Bukan itu maksud saya.

Begini, bila hidup biarlah berpada dalam semua hal. Apa korang akan dapat kalau terlalu baik dengan someone tapi at the end, baik korang tu tak dipandang langsung?

Sudah lah tak dipandang, malah dijadikan modal pula untuk “orang itu” mengata yang kitalah yang sebenarnya yang tidak baik. Kita pula dituduh manusia yang suka mengungkit?

Sakit hati bukan?

So, nothing much lah untuk si teman itu. Cuma, jangan jadi bodoh lama-lama. Tak ada apa yang kamu akan dapat. Bukak mata, bukak hati. Jalan di hadapan masih banyak yang menarik untuk kamu.

Tinggalkan yang lepas. Sudah-sudahlah jadi lembik. Jangan terlalu fikirkan orang lain. Ada baiknya kamu fikirkan diri kamu sendiri sekarang. Ok? Cheers!!!!

Comments