~Jangan terlalu memilih kawan~

Jangan terlalu memilih kawan. Setiap orang, ada kelebihan dan kekurangan diri. Itu kata-kata mak saya. Iya, saya setuju untuk itu. Korang lak cam mana? Ada yang setuju or ada jugak yang geleng kepala? Its ok, up to you.

Secara personal, saya setuju sebab saya sudah ada pengalaman dengan apa yang mak saya katakan itu. Pengalaman kan akan mengajar kita tentang itu dan ini. Cuma, baik dan buruknya saja kita tidak tahu. Pengalaman lepas saya, jujurnya banyak yang buruk daripada yang baik.
Tapi , saya sedikit pun tidak ralat. Semua berlaku bersebab.
Silap saya yang dulu, terlalu memilih kawan. Eh, jangan salah faham. Saya bukan memilih kawan yang kaya raya, anak Dato’. Bukan. Siapalah saya untuk memilih kawan sebesar itu. kan? Totally wrong lah kalau orang kata saya memilih kawan sebegitu.
Kawan-kawan saya biasanya terdiri daripada kawan yang “sekepala” dengan saya. Perangai “busuk” sama saya, bukan seorang yang skema.
Hehehe…tp saya ni klu wat jaat msti kantoi…
Saya belajar sedikit demi sedikit menerima kawan-kawan daripada “golongan lain”. Maksud saya, yang pelbagai ragam dan bukan daripada kriteria kawan-kawan pilihan saya.
Guess what? Ah, seronok rupanya!!!! Macam-macam ragam. Ala-ala perisa dalam makanan kita.hahahaha!! Mereka semua buat hidup saya “seakan sempurna”. Saya tak limitkan dengan siapa saya berkawan. Saya elakkan diri saya daripada memikir hal-hal negatif yang mungkin ada andai saya berkawan dengan mereka.
Sila berfikiran positif selalu terhadap orang keliling anda.Jangan judge orang sebelum anda cuba untuk mengenali diri empunya badan dulu. Jangan fikir buruk tentang orang lain selagi orang itu tidak “burukkan” anda. Jangan dengar-dengar saja daripada mulut orang lain, terus anda cop orang itu jahat. Jangan memilih kawan sangat!!!! Cuma bijak bezakan mana yang elok dengan yang tidak pun mencukupi..

Comments