Antara dua hati!!


Ya Allah berilah aku kekuatan dalam menempuhi setiap dugaan ini.. semakin hari aku semakin lemah dengan setiap cubaan yang Kau berikan,tapi aku mohon ya Allah lindungilah aku dari sifat keputus asaan.. aku tak boleh jadi orang yang lemah.. temukan aku dengan keikhlasan itu..

akukah yang bersalah?? betul ke apa yang aku lakukan?? mengorbankan hatiku sendiri untuk kepentingan orang lain.. kejam kah aku terhadap diriku?? ya Allah.. aku tahu ujian yang Kau hadirkan menunjukan bahawa Kau sayang akan diriku..cinta Kau terlalu agung berbanding dengan cinta manusia kepadaku.. Kau tidak pernah meninggalkan aku sendirian dalam menempuh cubaan ini..

kalau dulu orang selalu bertanya, adakah aku tidak punya perasaan bila mana orang buat macam-macam padaku?? aku tetap diam dan yang hanya aku mampu lakukan adalah memaafkan.. tapi kali ni boleh kah aku menjawab segala persoalan itu.. hati mana yang tak marah, hati mana yang tak sedih..aku bukan patung aku bukan boneka.. aku juga bukan barang mainan.. aku ni manusia biasa seperti kalian. cuma selagi aku mampu bertahan, aku akan tetap bertahan...aku boleh memaafkan , tapi untuk melupakan amat ..tapi aku akan tetap cuba dan terus mencuba.. aku cuba memberi yang terbaik kepada sume orang.. tapi bukan mudah untuk mencapai semua itu sehinggakan apa yang aku lakukan membuatkan banyak hati yang terluka.. maafkan aku.. aku tak mampu menjadi yang terbaik.. tapi insyaAllah aku akan cuba jadi yang terbaik untuk menjaga hati kalian walaupun hatiku sendiri yang terkorban....

Comments